Tuesday 18 September 2012

SALAM ILMU...

Rasa yang terabai...


Assalamu’alaikum…


( Penulisan ini telah diambil sepunuhnya / full copy daripada blog Murabbi iaitu blog Tuan Guru saya Syeikh Shahrul Rizal dengan kebenaran yang telah diberikan ke atas saya…
Semoga segala yang terkandung di dalam penulisan ini sedikit sebanyak dapat memberi ilmu kepada kita semua…Amin ! ! ! )

Salam ala manijtamaal huda....

Ana pohon ampun sebab sudah lama tidak meng"up load" bahan-bahan baru. Jadi, untuk meneruskan kesinambungan ana up loadkan bahan yang ana tulis untuk ceramah di Pulau Pinang, dengan tajuknya " Rasa yang terabai "....

.......................

KERTAS KERJA

RASA YANG TERABAI

1.0 MUQADDIMAH

Islam ialah agama yang lengkap dan syumul. Lengkapnya Islam itu bukan sekadar menyelesaikan masalah zahir dalam kehidupan seharian manusia sahaja. Namun, Islam turut menyelesaikan masalah dalaman pada setiap individu.

Secara umumnya manusia mengandungi 3 elemen. Jasmani, rohani dan intelek. Ketiga-tiga perkara ini dijaga oleh Islam melalui maqasid Islam itu sendiri. Di sinilah terletaknya kesyumulan Islam melalui keseimbangan ketiga elemen ini. Kadar keseimbangan ini perlu dijaga seperti kadar kesimbangan sistem imun tubuh badan kita yang zahir. Kekurangannya dan kelebihannya yang tidak teratur akan membawa kepada penyakit. Jika tidak dibendung akan membawa kepada kronik dan membarah.

Hari ini, kepincangan masyarakat dalam segala segi seperti akhlak, jahil, kemaksiatan dan lain-lain adalah berpunca dari kekurangan dari salah satu elemen itu. Kertas kerja ini pula akan membahaskan elemen rasa yang diabaikan oleh masyarakat khususnya golongan agamawan sehingga menabrakkan lagi kebobrokan pelbagai gejala.

Semoga usaha kecil ini dapat membantu golongan agamawan menyelesaikan masalah umat seperti yang dituntut oleh Rasul, kerana agamawan adalah pewaris rasul dan rasul telah meninggalkan legasi untuk memelihara umatnya.

Sabda Rasul s.a.w : (( Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak)).

2.0 RASIONAL

2.1 Perbincangan bersama GPI di peringkat negeri semasa Program Kem Solat Berkesan Negeri Johor 2010, di Gunung Berlumut. 

2.2 Masalah yang selalu diutarakan kepada penulis tentang mereka yang bersolat tetapi masih melakukan maksiat.

2.3 Masalah yang diutarakan oleh masyarakat bukan Islam tentang kebobrokan masyarakat Islam, sedangkan mereka mempunyai al Quran, hadis dan sistem yang bagus.

3.0 KEPENTINGAN TAJUK

3.1 Berkaitan dengan iman. Seseorang yang kehilangan rasanya adalah orang yang sakit. Kaedahnya seperti orang demam. 

3.2 Punca kepada segala penyakit masyarakat. 

3.3 Kaedah tarbiyyah Rasul yang tidak dikuti. 


4.0 FAKTOR-FAKTOR KEHILANGAN RASA

4.1 Fasad hati

Setiap anggota mewakili fungsinya masing-masing. Seperti mata fungsinya melihat, telinga mendengar, hidung menghidu, tangan menyentuh, lidah merasa yang zahir dan hati merasa yang batin.

Hati memain fungsi rasa bagi perkara yang batin seperti yang ditunjuk nabi dalam perlakuan baginda, apabila baginda menunjukkan isyaratnya ke dada, sambil bersabda : (( Taqwa itu disini )) sebanyak dua kali.

Jesteru itu, kefasadan hati akan merosakkan deria rasa. Kerosakkan tersebutlah yang akan merosakkan fungsi manusia. Malah menjerumuskan manusia kepada kebinatangan dan kesyaitanan. Maka benarlah sabda nabi : (( apabila dia baik, maka baiklah keseluruhannya. Dan apabila ia rosak, maka rosaklah keseluruhannya.Bukankah dia hati )).

Perkara yang membawa fasad itu cukup banyak sekali seperti syirik, riya, ujub, sumah, kibriya dan lain-lain lagi.

4.2 Tidak di ajar untuk mendapatkan rasa

Hal keadaan Rasul yang berakhlak cukup mulia adalah berpunca dari tarbiyyah ilahiyyah rabbaniyyah kepada jiwa rasul. Rasul bersabda : (( Aku diajar adab oleh tuhanku, dan Dialah menjadikan adabku yang terbaik )). 

Maka, Allahlah yang mengajar rasa dan mengenalinya sehingga baginda mendapat yang terbaik. Allah juga sering menguji baginda sepanjang tempoh pengajaran tersebut bahkan memberi ilmu juga kepada kaum muslimin yang lain. Ini dibuktikan melalui hadis jibril yang panjang.

4.3 Sistem penumpuan kepada teori sahaja.

Sistem pembelajaran yang digunapakai pada hari ini menumpukan kepada teori dan intelek sahaja. Malah bentuk-bentuk ujian juga menjurus kepada menilai intelek berdasarkan teori. Islam dengan sifat syumulnya tidak mampu untuk dinilai dengan cara sehala. Praktikal juga bukan sekadar dalam bentuk luaran sahaja. Jesteru itu Imam al Ghazali banyak menekankan di dalam Ihya dan Mauizahnya tentang kepentingan guru-guru mursyid.

4.4 Memisahkan – misahkan ajaran agama.

Pemisahan ajaran agama menjadikan nilai rasa turut berkurang. Ilmu Islam dipisah dari nilai rasa menjadikan ilmu itu begitu kering. ilmu dibahagi kepada aqidah, feqh dan tasauf. Masing-masing dikhususkan tanpa diserta dari sudut rasa. Pada zaman Rasulullah s.a.w, ilmu-ilmu ini tidak dipisah-pisahkan. Jesteru ilmu aqidah bukan sekadar teori bahkan dirasai. Ilmu feqh bukan sekadar teori bahkan dirasai. Begitu juga dengan tasauf.

Inilah yang cuba digarap oleh Syeikh Hasan Farhan al Maliki di dalam kitabnya Nahu Inqaz al Tarikh, mengenai rasa yang telah diabaikan kini. Akhirnya ilmu-ilmu Islam hanya sebagai medan perdebatan bukannya untuk di amalkan. 

5.0 ISLAM DAN RASA

Banyak orang menyangkal kepentingan rasa di dalam Islam. Malah mengabaikan nilai rasa dengan menganggap ia bukanlah benda penting di dalam Islam. Bukahkah Islam dalam setiap perintah Allah turut menyelitkan nilai rasa di dalamnya. Jesteru itu Allah telah menetapkan fasad itu berlaku apabila setiap anggota itu tidak berfungsi dengan benar. Seperti mana firman Allah : (( mereka itu mempunyai telinga tetapi tidak mendengar, mereka mempunyai mata tetapi tidak melihat, mereka mempunyai hati tetapi tidak memahaminya ))



Islam menitik beratkan rasa seperti mana contoh-contoh di bawah :

5.1 Takut

Firman Allah : (( Takutilah Allah dengan sebenar-benar taqwa ))

5.2 Sayang dan cinta

Firman Allah : (( Seandainya engkau mencintai Allah, ikutilah aku ))

5.3 Malu

Sabda Nabi : (( Jika kamu tidak rasa malu, lakukanlah apa yang kamu mahu ))

5.4 Marah 

Sabda Nabi : (( Sesiapa yang melihat kemungkaran, ubahlah dengan tangannya …))

5.5 Bersungguh-sungguh

Sabda Nabi : (( Sesuatu pekerjaan yang disukai Allah, dilakukan dengan tekun ))

5.6 Benci 

Sabda Nabi : (( Sesuatu yang dibenci oleh Allah tetapi halal ialah talak ))

6.0 FAKTOR-FAKTOR MENGUNDANG RASA

6.1 Ibadah Nawafil

Ibadah nawafil ialah pra syarat utama membawa kepada jaminan rasa yang lebih mendalam. Malah untuk mendapat kekuatan melaksanakan ibadah nawafil itu sendiri adalah berpunca dari rasa juga. Ini ditegaskan melalui sabda s.a.w : (( tiadalah yang boleh mendekatkan Aku dengan hambaKu melainkan dengan nawafil…)).

Ibadah nawafil akan dapat mencetus nilai rasa melalui ibadah seperti membaca al Quran, bangun malam, berselawat, bermaulid dan sebagainya.

6.2 Mujahadah

Sesuatu itu akan menjadi lebih nilai jika disertakan pengorbanan. Begitu juga rasa, akan lebih bermakna jika melalui jalan mujahadah. Malah dengan mujahadah akan membuka pintu-pintu rasa, seperti firman Allah : ((Sesiapa yang berjihad kepada Kami, kami akan beri hidayah melalui jalan-jalan kami ))

6.3 Riyadah

Latihan kerohanian adalah amat penting dalam mendapatkan rasa, contohnya khusyuk.Khusyuk bukan boleh didapati dengan teori sahaja, bahkan memerlukan latihan praktikal yang berterusan. Jesteru meninggalkan latihan, khusyuk itu sendiri tidak akan kita capai. Ini amat jelas dengan firman Allah : (( Sesungguhnya solat itu terlalu berat, melainkan orang yang khusyuk )).

Solat itu sendiri untuk mencapai tujuannya sebenar adalah berat. Jika kita dapat melaksanakanya pun, adakah kita termasuk dalam kalangan orang yang khusyuk ?. Dan adakah solat kita dapat mencegah mungkar ? Realitinya, masih ramai yang bersolat dan masih melakukan mungkar.

Oleh yang demikian, latihan daripada guru yang mursyid dapat membantu kita untuk mencapai nilai rasa yang benar.

7.0 CARA MENDAPATKAN RASA

Untuk mendapatkan rasa yang sebenar, sudah semestinyalah kita terpaksa merujuk sumber utama dalam Islam iaitu al Quran dan hadis nabi s.a.w. Apabila sesuatu masalah yang berkait rapat dengan hati maka, jawapan paling tepat untuk mengubatinya ialah dengan jalan berzikir.

Zikir ialah jalan mengubati segala penyakit hati. Tarbiyyah zikir ini bukan setakat satu perintah malah adalah sunnah yang ditunjuki nabi sewaktu di awal permulaan Islam. Rasulullah s.a.w telah mendidik sahabat dengan memperbanyakkan zikir sehingga mereka memperoleh rasa.

Kepentingan zikir ini tidak boleh disangkal lagi dengan dalil yang cukup qat’ie dan mani’. Sama ada dari al Quran atau hadis nabi s.a.w. Allah sendiri berfirman : (( mengingati Allah itu adalah sebesar-besar perkara)). Apatah lagi hadis, yang telah dimuatkan bab yang khusus dalam setiap kitab hadis mengenai fadhilat zikir. Cukuplah kitab al Azkar untuk menunjukkan keperluan dan kepentingan zikir.

Walau bagaimana pun, zikir melalui beberapa peringkat. Ianya bergantung kepada tujuan zikir itu sendiri. Bagi yang ingin mendapat rasa ia mestilah melalui 2 jalan. Ibn Ata’illah as Sakandari menjelas jalan tersebut ialah :

i. Qabad

ii. Basath

Melalui jalan inilah barulah rasa terbentuk, lantas membentuk qurbah dengan Allah.


8.0 PEMBAHAGIAN RASA

Rasa boleh dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu :

i. Mubtadi
ii. Mutawassit
iii. Muntahi


( Pembentangan kertas kerja ana ini turut dihadiri oleh Sahibus samahah Tuan Mufti Pulau Pinang )


9.0 KESAN RASA

8.1 Membawa kepada kesempurnaan Iman. 

Sedar atau tidak, rasalah yang membawa kepada kesempurnaan Iman, sepertimana sabda Rasulullah s.a.w : (( 3 perkara , sesiapa yang memilikinya akan memiliki kemanisan iman. Mencintai Allah dan rasulNya lebih dari segala-galanya. .. ))

8.2 Membawa kepada kesempurnaan dalam ibadat

Ibadat akan lebih sempurna apabila disertakan dengan rasa. Rasa bermusyahadah dan rasa bermuraqabah. Namun, kedua rasa ini telah hilang dalam nilai ibadah kita. Perkara tersebut tidak dianggap penting. Oleh kerana itu, ibadah tidak dapat membantu membentuk nilai dalam diri. Contohnya apabila Rasul s.a.w bersabda mengenai ibadah puasa : (( Berapa ramai yang berpuasa, tidaklah ada nilai dalam puasa mereka melain lapar dan dahaga.))

8.3 Menjadikan seseorang berakhlak mahmudah

Rasa cinta dan takut dapat mengubah diri seseorang. Rasa cinta dan takut kepada Allah akan menyebabkan seseorang akan menjadi lebih berakhlak mulia, bukan setakat baik pada zahir tetapi turut kepada hal-hal batin. Ini adalah kerana tiada contoh yang boleh diikuti melainkan Saidina Rasul s.a.w, seperti firman Allah : (( Pada diri Rasulullah itu ada uswatun hasanah )).

8.4 Sebagai benteng untuk mencegah seseorang daripada terjebak kepada kemaksiatan.

Hidup dengan rasa bertuhan dapat mencegah seseorang daripada melakukan maksiat atau perkara-perkara yang keji. Rasa bermusyahadah dan dan rasa bermuraqabah dalam hidup benteng kepada penjegaan iman daripada dicemari dengan sebarang gejala dan dosa. Ini dapat dikuatkan dengan hadis baginda : (( Tidak berzina ketika mana hendak berzina dia seorang beriman. Tidak mencuri ketika mana dia hendak mencuri dia beriman….))

9.0 PENUTUP

Ilmu Islam sudah mencapai kematangannya dengan melalui zaman-zaman yang sukar dan gemilangnya. Namun mampukah kita mengembalikan kegemilangan Islam sepertimana yang wujud pada zaman Rasulullah s.a.w.? Perhatilah dengan tajam dan mata hati kepada masalah umat hari ini. Kebobrokan akhlak, kemaksiatan bermaharajalela, hedonisme, masalah murtad dan lain-lain lagi. Seperti tiada noktah dan penyelesaiannya. Mengapakah ini berlaku? Sedangkan kita mempunyai al Quran, bimbingan hadis dan lain-lain. Jawapannya tidak lain ialah rasa. Turunlah sebanyak mana kitab dari langit pun jika tidak berasa, tidaklah ia mempunyai kesan. Rasulullah s.a.w menerapkan nilai rasa di dalam jiwa sahabat sehingga mereka menjadi taat yang luar biasa. Malah menyelesaikan masalah kebobrokan akhlak ketika itu. 

Kita perlu bermula kembali dari bawah dengan nilai yang baru. Memberi rasa kepada setiap mukmin dan muslim agar menjadi lebih baik dan menyelesaikan masalah yang kian tenat. Semoga usaha kecil ini dapat menggembalikan kita ke Madinah. 

Disediakan oleh :

Shahrul Rizal Mohd Sati.
Mudir Madrasah Hasaniyyah Islamiyyah
Tenggaroh, Mersing.

( Para peserta mendengar pembantangan kertas )



Thursday 7 June 2012

Kekuasaan Ciptaan Allah S.W.T. Pada Air Laut...


Kenapa Air Laut Masin.???



Semua jenis air termasuk air hujan, mengandungi kimia pelarut yang dipanggil garam. Tetapi bukan semua air mempunyai rasa masin. Para saintis menganggarkan bahawa laut mengandungi lebih kurang 50 kuadrilion ton bahan-bahan pelarut. Sekiranya garam di laut boleh dikeluarkan, ia dapat membentuk sebuah permukaan tanah yang besar daripada yang sedia ada. Permukaan garam itu nanti boleh mencapai ketebalan kira-kira 500 kaki dan ketinggian yang sama dengan bangunan yang mempunyai 40 tingkat.

Air laut diklasifikasikan sebagai pepejal larut dalam cecair yang sangat lemah. Kebanyakan garam dalam laut wujud akibat proses pemecahan batu-batu igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan. Bahan-bahan mineral ini akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Terdapat juga garam secara semulajadi di lantai laut akibat proses pereputan. Sumber-sumber lain adalah daripada sisa-sisa letupan gunung berapi.

Sungai mississipi, amazon dan yukon akan mengalir ke teluk mexico, lautan atlantik dan pasifik yang dipercayai mempunyai tahap kemasinan yang tinggi. Kenapa air laut tidak seperti air sungai? Tahap kemasinan laut adalah disebabkan beberapa pengaruh dan proses.

Pada permulaannya laut tidaklah begitu masin tetapi apabila hujan pertama melanda dunia lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu menyebabkan proses pemecahan batu-batan. Kemudian batu-batan ini terus diangkut ke sungai dan laut oleh aliran hujan dan menyebabkan tahap kemasinan air laut bertambah. Sungai yang mengalir dari amerika syarikat dipercayai membawa bahan-bahan pelarut sebanyak 225 juta tan ke dalam laut. Kiraan terbaru juga menunjukkan kira-kira enam tan dari australia dan 120 tan dari eropah yang mengalirkan bahan pelarut.

Ini bermakna sungai akan membawa empat bilion tan garam pelarut ke dalam laut. Laut juga menerima jumlah garam pelarut yang sama daripada proses-proses semulajadi yang berlaku di dasarnya. Laut mengalami kekurangan bahan-bahan mineral. Tetapi laut akan sentiasa menerima bilangan input dan output secara seimbang.

Para saintis telah menjalankan kajian ke atas air laut lebih berkurun lama dahulu, tetapi masih tidak memahami tentang kandungan bahan kimia yang terkandung dalam laut. Ini kemungkinan daripada kurangnya kaedah yang tepat dan prosedur untuk mengukur juzuk air laut. Masalah yang dihadapi oleh para saintis ialah saiz laut meliputi lebih 70% permukaan bumi. Manakala kandungan bahan kimia semulajadi air laut juga mempengaruhi juzuk air laut. Sebanyak 72 elemen kimia telah dijumpai dalam air laut, tetapi dalam bilangan yang kecil sahaja. Elemen-elemen ini bergabung dalam pelbagai bentuk unsur yang mudah larut di lantai lautan. Bahan yang mendap daripada larutan juga mempunyai kaitan dengan perubahan kemasinan laut.

Ahli jurutera marin melaporkan tahap kemasinan dan larutan kimia dalam air laut terdiri daripada klorida, sodium dan magnesium. Tahap kemasinan diukur dengan simbol o/oo. Tahap kemasinan laut akan berubah mengikut peredaran masa dan mengambil masa yang lama. Fenomena ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti pencairan ais, pengaliran air sungai, proses sejatan, hujan, salji, angin, arus ombak dan perubahan laut apabila berlaku pencampuran garam secara melintang dan menegak.

Laut merah dan teluk parsi mempunyai jumlah kemasinan yang paling tinggi kira-kira 40 o/oo, di mana kadar proses sejatannya amat tinggi. Lautan atlantik utara juga mempunyai tahap kemasinan yang agak tinggi kira-kira 37.9 o/oo. Antara bahagian yang paling masin di atlantik utara adlaah lautan sargasso yang terletak di pulau canary. Laut sargasso merupakan kawasan yang mempunyai rumpai laut terapung di permukaan laut dikenali sebagai “sargassum”. Laut ini mendapat nama sempena rumpai laut terapung itu. Tahap kemasinan laut sargasso adalah berpunca daripada suhu air terlalu tinggi kira-kira 83f. Suhu tinggi akan menyebabkan kadar proses penyejatan yang tinggi kerana tidak ada aliran air biasa.

Kemasinan paling rendah hanya terdapat di lautan antartik dan artik. Lautan baltik pula mempunyai tahap kemasinan kira-kira 5 hingga 15 o/oo. Manakala tahap kemasinan laut hitam pula adalah lebih kurang 20 o/oo. Tahap kemasinan perairan miami, florida akan berubah daripada 34.8 o/oo pada bulan oktober dan meningkat ke 36.4 o/oo pada bulan mei dan jun.

Kadang-kadang air sungai akan mengalir dan bercampur dengan air laut. Ini ditunjukkan dalam pengumpulan data daripada kajian yang dijalankan di sungai columbia. Dengan menggunakan penyurih radioaktif, saintis daripada universiti oregon dapat mengesan jumlah aliran air sungai ke laut.

Kawasan perairan laut terbuka bebas daripada pengaruh permukaan tanah. Biasanya jumlah kandungan garam adalah kira-kira 33 o/oo hingga 38 o/oo. Purata tahap kemasinan air laut pula kira-kira 35 o/oo. Purata tahap kemasinan diperoleh pada tahun 1884 oleh william di eemar yang menjalankan kajian analisis kimia dengan mengambil 77 sampel air laut di seluruh bahagian dunia.

Hidupan laut juga memainkan peranan penting dalam laut. Laut bukan sahaja agen garam tetapi juga bertindak sebagai pembekal bekalan gas oksigen kepada hidupan laut. Contohnya tiram, kerang, dan kepah mendapat kalsium daripada laut untuk membentuk rangka dan kulit. Hidupan laut seperti ketam, udang, udang kara dan tetirip memerlukan sejumlah besar garam galian untuk membina badan. Terumbu karang dibentuk dengan bantuan kalsium karbonat lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu. Plankton juga memerlukan kandungan mineral laut untuk hidup dengan subur.

Wednesday 2 May 2012

Marilah Kita Bersama Mengenal Ulamak Dunia...

Al Habib Alwi bin Ali Al- Habsyi...

Betapa sedihnya Habib Alwi bin Ali Al-Habsyi. Pemuda berusia 22 tahun itu ditinggal mati ayahnya, Habib Ali bin Muhammad Al- Habsyi, Sohibul Simtud Duror, pada tahun 13331 H / 1913 M. kota Seiyun, Hadramaut, yaman, itu terasa asing bagi ayah satu anak ini, Habib Alwi adalah anak bungsu, paling disayang Habib Ali. Begitu juga, Habib Alwi pun begitu menyayangi ayahnya, sehingga dirinya bagaikan layangan yang putus benangnya.

Hababah Khodijah, kakak sulungnya, yang terpaut 20 tahun, merasakan kesedihan adiknya yang telah diasuhnya sejak kecil. Daripada hidup resah dan gelisah, oleh putrid Habib Ali Al-Habsyi, Habib Alwi disarankan untuk berwisata hati ke Jawa, menemui kakaknya yang lain, Habib Ahmad bin Ali Al-Habsyi di Betawi.
Habib Alwi pergi ke Jawa ditemani Salmin Douman, antri senior Habib Ali Al-Habsyi, sekaligus sebagai pengawal. Beliau meninggalkan istri yang masih mengandung di Seiyun, yang tak lama kemudian melahirkan, dan anaknya diberi nama Ahmad bin Alwi Al-Habsyi.

Kabar kedatangan Habib Alwi telah menyebar di Jawa, karena itulah banyak murid ayahnya ( Habib Ali Al-Habsyi ) di Jawa menyambutnya, dan menanti kedatangannya di kota masing-masing.

Pertama kali Habib Alwi tinggal di Betawi beberapa saat. Kemudian beliau ke Garut, Jawa Barat, menikah lagi. Dari wanita ini lahir Habib Anis dan dua adik perempuan. Lalu, beliau pindah ke Semarang, Jawa Tengah. Disana beliau menikah lagi, dianugerahi banyak anak, dan yang sekarang masih hidup adalah Habib Abdullah dan Fathimah.

Selanjutnya beliau pindah lagi ke Jatiwangi, Jawa Barat, dan menikah lagi dengan wanita setempat. Dari perkawinan itu, beliau memilki enam anak, tiga lelaki dan tiga perempuan. Di antaranya adalah Habib Ali bin Alwi Al-Habsyi serta Habib Fadhil bin Alwi yang meninggal pada akhir Agustus 2006.

Akhirnya, Habib Alwi pindah ke Solo, Jawa Tengah. Pertama kali, Habib Alwi sekeluarga tinggal di Kampung Gading, di tempat seorang raden dari Kasunan Surakarta. Kemudian beliau mendapatkan tanah wakaf dari Habib Muhammad Al-Aydrus ( kakek Habib Musthafa bin Abdullah Al-Aydrus, Pemimpim Majlis Dzikir Ratib Syamsisy Syumus ), seorang juragan tenun dari kota Solo, di Kampung Gurawan.

Wakaf itu dengan ketentuan : didirikan masjid, rumah, dan halaman di antara masjid dan rumah. Masjid tersebut didirikan pada tahun 1354 H / 1934 M. Habib Ja'far Syaikhan Assegaf mencatat tahun selesainya pembangunan Masjid Riyadh itu dengan sebuah ayat 14 surah Shaf ( 61 ) di dalam al-Qur'an, yang huruf-hurufnya berjumlah 1354. ayat tyersebut, menurut Habib Ja'far yang meninggal di Pasuruan 1374 H / 1954 M ini, sebagai pertanda bahwa Habib Alwi akan terkenal dan menjadi khalifah pengganti ayahnya, Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi.
Sementara rumah di Gurawan No.6 itu lebih dahulu berdiri dan halaman yang ada kini disambung dengan masjid dan rumah menjadi ruang Zawiyah ( pesantren ) dan sering digunakan untuk kegiatan haul, Maulid, dan berbagai kegiatan keagamaan lainnya. Struktur ruang Zawiyah ini seperti Raudhah, taman surga di dinia, yaitu ruang antara kamar Nabi saw dan masjid Nabawi. Sekarang bangunan bertambah dengan bangunan empat lantai yang menghdap ke Jln. Kapten Mulyadi 228, yang oleh sementara kalangan disebut Gedung Al-Habsyi.

Tentang rumah Habib Alwi di Solo, Syekh Umar bin Ahmad Baraja', seorang giru di Gresik, pernah berujar, rumahnya di Solo seakan Ka'bah, yang dikinjungi banyak orang dari berbagai daerah. Ucapan ulama ini benar. Sekarang, setiap hari rumah dan masjidnya dikinjungi para habib dan muhibbin dari berbagai kota untuk tabarukan atau mengaji.

Habib Alwi telah memantapkan kemaqamannya di Solo. Masjid Riyadh dan Zawiyahnya semakin ramai dikunjungi orang. Beliau tidak saja mengajar dan menyelemggarakan kegiatan keagamaan sebagaimana dulu ayahnya di Seiyun, Hadramaut. Namun beliau juga memberikan terapi jiwa kepada orang-orang yang hatinya mendapat penyakit.

Ketika di Surabaya, bertempat di rumah Salim bin Ubaid, diceritakan Habib Alwi didatangi seseorang dari keluarga Chaneman, yang mengeluhkan keadaan penyakit ayahnya dan minta doa' dari Habib Alwi. Beliau mendoa'kan dan menganjurkannya untuk memakai cincin yang terbuat dari tanduk kanan kerbau yang berkulit merah. "Insya Allah. Penyakitmu akan sembuh." Katanya waktu itu.

Tahun 1952, Habib Alwi melawat ke kota-kota di Jawa Timur. Kunjungannya disertai Sayyid Muhammad bin Abdullah Al-Aydrus, Habib Abdul Qadir bin Umar Mulchela ( ayah Habib Husein Mulachela ), Syekh Hadi bin Muhammad Makarim, Ahmad bin Abdul Deqil dan Habib Abdul Qadir bin Husein Assegaf ( ayah Habib tayfiq Assegaf, Pasuruan ), yang kemudian mencatatnya dalam sebuah buku yang diterjemahkan Habib Novel bin Muhammad Al-Aydrus berjudul Menjemput Amanah.

Perjalanan rombongan Habib Alwi ke Jawa Timur itu berangkat tahun 1952. tujuan utama perjalanan tersebut adalah mengunjungi Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf ( 1285-1376 H / 1865-1956 M ) di Gresik. Namun beliau juga bertemu Habib Husein bin Muhammad Al-Haddad ( 1303-1376 H / 1883-1956 M ) di Jombang, Habib Ja'far bin Syeikhan ( 1289-1374 H / 1878-1954 M ) di Pasuruan dan ulama lainnya.

Setahun setelah kepergiannya ke Jawa Timur, pada tahun 1953 Habib Alwi pergi ke kota Palembang untuk menghadiri pernikahan kerabatnya. Namun, di kota itu, beliau menderita sakit beberapa saat. Seperti tahu bahwa saat kematiannya semakin dekat, beliau memanggil Habib Anis, anak lelaki tertua yang berada di Solo. Dalam pertemuan itu beliau menyerahkan jubahnya dan berwasiat untuk meneruskan kepemimpinannya di Masjid dan Zawiyah Riyadh di Solo. Habib Anis, yang kala itu berusia 23 tahun, dan baru berputra satu orang, yaitu Habib Husein, harus mengikuti amanah ayahnya.

"Sebetulnya waktu itu Habib Anis belum siap untuk menggantikan peran ayahnya. Tetapi karena menjunjung amanah, wasiat itu diterimanya. Jadi dia adalah anak muda yang berpakaian tua." Tutur Habib Ali Al-Habsyi, adik Habib Anis dari lain ibu.

Akhirnya Habib Alwi meninggal pada bulan Rabi'ul awal 1373 H / 27 November 1953. pihak keluarga membuka tas-tas yang dibawa oleh Habib Alwi ketika berangkat ke Palembang. Ternyata satu koper ketika dibuka berisi peralatan merawat mayat, seperti kain mori, wangi-wangian, abun dan lainnya. Agaknya Habib Alwi telah diberi tanda oleh Allah swt bahwa akhir hidupnya sudah semakin dekat.

Namun ada masalah dengan soal pemakaman, Habib Alwi berwasiat supaya dimakamkan di sebelah selatan Masjid Riyadh Solo.sedang waktu itu tidak ada penerbangan komersil dari Palembang ke Solo. Karena itulah, pihak keluarga menghubungi AURI untuk memberikan fasilitas penerbangan pesawat buat membawa jenazah Habib Alwi ke Solo. Ternyata banyak murid Habib Alwi yang bertugas di Angkatan Udara, sehingga beliau mendapatkan fasilitas angkutan udara. Karena itu jenazah disholatkan di tiga tempat : Palembang, Jakarta dan Solo.
Ada peristiwa unik yang mungkin baru pertama kali di Indonesia, bahkan di Dunia. Para kerabat dan Kru pesawat terbang AURI membacakan Tahlil di udara.

Masalah lain timbul lagi. Pada tahun itu, sulit mendapatkan izin memakamkan seseorang di lahan pribadi, seperti halaman Masjid Riyadh. Namun berkat kegigihan Yuslam Badres, yang kala itu menjadi anggota DPRD kota Solo, izin pun bisa didapat, khusus dari gubernur Jawa tengah, sehingga jenazah Habib Alwi dikubur di selatan Masjid Riyadh.

Makamnya sekarang banyak di ziarahi para Habib dan Mihibbin yang datang dari berbagai kota. Beliau dikenang serbagai ulama yang penuh teladan, tangannya tidak lepas dari tasbih, juga dikenal sangat menghormati tamu yang datang kepadanya. Habib Alwi pin tidak pernah disusahkan oleh harta benda. Meski tidak kaya, ketika mengadakan acara haul atau Maulidan, ada saja uang yang didapatnya. Allah swt telah mencukupi rezekinya dari tempat yang tidak terduga.

Sumber : Majalah Al-Kisah No.23 / Tahun IV / 6-19 November 2006 


Sunday 29 January 2012

Maulidur Rasul Semakin Menghampiri Kita....

Syeikh Ja'far al Barzanji..(Sohibul Maulid)..



Assalamualaikum...


(Penulisan ini telah diambil sepenuhnya didalam blog Murabbi iaitu blog kepada Tuan Guru saya Syeikh Shahru Rizal dengan kebenaran yang telah diberikan ke atas saya...
Semoga segala yang terkandung di dalam ini sedikit sebanyak dapat memberi Ilmu kepada kita semua...Amin!!!)

Maulidur Rasul makin menghampiri...maka ramailah yg akan membaca maulid Berzanji sepanjang bulan Maulid itu nanti. Tetapi berapa ramaikah yang mengenali sohibul maulid ini. Jesteru, tidak tahu dan tidak mengenali beliau, beberapa dari ummat Muhammad dengan pantasnya mencerca keilmuan beliau. Mungkin juga tidak bersependapat dengan pemgamalan maulid, lantas menzalimi beliau dengan tuduhan tidak bernas dan menyakiti diri beliau dengan tuduhan peribadi....



Dengan itu, kami sertakan biodata beliau buat tatapan. Maka dengan kenal menghadirkan cinta. Al Fatihah buat beliau...



_______________________________________

Sayyid Ja'far Al-Barzanji

Sayyid Ja'far bin Sayyid Hasan bin Sayyid 'Abdul Karim bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Rasul al-Barzanji adalah seorang ulama besar keturunan Junjungan Nabi s.a.w. dari keluarga Saadah al-Barzanji yang masyhur berasal dari Barzanj di Iraq. Beliau dilahirkan di Kota Madinah al-Munawwarah pada tahun 1126H. 

Segala usul Sayyid Ja'far semuanya merupakan ulama terkemuka yang terkenal dengan ilmu dan amal, keutamaan dan kesholehan. Habib Prof. Dr. Muhammad bin 'Alwi bin 'Abbas al-Maliki (jika ada orang berbangga-bangga dengan gelar Dr.nya dalam bidang hadits, maka aku nyatakan bahawa al-Habib Muhammad al-Maliki ini juga telah meraih gelar Dukturahnya dalam bidang hadits pada usianya 25 tahun dari Harvard dan Oxfordnya dunia Islam iaitu Universiti al-Azhar asy-Syarif, oleh itu jika kamu berbangga-bangga dengan kesarjanaan versi dukturah ini, maka simpanlah dulu Dr. kamu tu dalam poket) dalam "Haul Ihtifaal bi dzikra al-Mawlid an-Nabawi asy-Syarif" menulis pada halaman 99 :-

Al-'Allaamah al-Muhaddits al-Musnid as-Sayyid Ja'far bin Hasan bin 'Abdul Karim al-Barzanji adalah MUFTI ASY-SYAFI`IYYAH di Kota Madinah al-Munawwarah. Telah berlaku perselisihan tentang tarikh kewafatannya, di mana sebahagiannya menyebut yang beliau meninggal pada tahun 1177H. Imam az-Zubaidi dalam "al-Mu'jam al-Mukhtash" menulis bahawa beliau wafat tahun1184H, di mana Imam az-Zubaidi pernah berjumpa dengan beliau dan menghadiri majlis pengajiannya di Masjid Nabawi yang mulia. 

Beliau adalah pengarang kitab mawlid yang masyhur dan terkenal dengan nama "Mawlid al-Barzanji". Sebahagian ulama menyatakan bahawa nama karangannya tersebut sebagai "I'qdul Jawhar fi mawlid an-Nabiyyil Azhar". Mawlid karangan beliau ini adalah di antara kitab mawlid yang paling tersohor dan paling luas tersebar ke pelosok negeri 'Arab dan Islam, baik di Timur maupun di Barat. Bahkan ramai kalangan 'Arab dan 'Ajam yang menghafalnya dan mereka membacanya dalam perhimpunan-perhimpunan agama yang munasabah. Kandungannya merupakan khulaashah (ringkasan) sirah nabawiyyah yang meliputi kisah lahir baginda, perutusan baginda sebagai rasul, hijrah, akhlak, peperangan sehingga kewafatan baginda................

Kitab "Mawlid al-Barzanji" ini telah disyarahkan oleh al-'Allaamah al-Faqih asy-Syaikh Abu 'Abdullah Muhammad bin Ahmad yang terkenal dengan panggilan Ba`ilisy yang wafat tahun 1299H dengan satu syarah yang memadai, cukup elok dan bermanfaat yang dinamakan "al-Qawl al-Munji 'ala Mawlid al-Barzanji" yang telah banyak kali diulang cetaknya di Mesir.

Ikhwah lihat, bagaimana Habib Muhammad menyatakan bahawa Sayyid Ja'far adalah seorang 'allaamah, seorang muhaddits lagi musnid yang menjadi sanad dan sandaran umat. Jadi bagaimana kita tergamak membuka mulut kita dan menggerakkan lidah kita yang tidak bertulang untuk mencemoh dan merendah-rendahkan pribadi seperti Sayyid Ja'far, Mufti Syafi`iyyah di Kota Madinah. Allahu ... Allah.

Sebagaimana dinyatakan oleh Buya al-Maliki di atas, mawlid Sidi Ja'far al-Barzanji ini telah disyarahkan pula oleh para ulama kenamaan umat ini. 

Antara yang masyhur mensyarahkannya ialah Syaikh Muhammad bin Ahmad 'Ilyisy al-Maaliki al-'Asy'ari asy-Syadzili al-Azhari yang mengarang kitab "al-Qawl al-Munji 'ala Mawlid al-Barzanji". Beliau ini adalah seorang ulama besar keluaran al-Azhar asy-Syarif, bermazhab Maliki lagi Asy`ari dan menjalankan Thoriqah asy-Syadziliyyah. Beliau lahir pada tahun 1217H (1802M) dan wafat pada tahun 1299H (1882M). Beliau bukanlah calang-calang ulama pula, ketinggian ilmunya dapat dilihat dalam kitab-kitab karangannya yang bernilai tinggi, antaranya : "Hidaayatul Muriid li 'Aqiidati Ahlit Tauhiid", "Syarah al-'Aqaa-idul Kubra lis Sanusi", "Haasyiah 'ala Syarhish Shoghir lid-Dardiir", "Minhul Jaliil 'ala Mukhtashar Khaliil" dan "Hidaayatus Saalik ila Aqrabil Masaalik fi Furu`il Fiqhil Maaliki".

Selain Syaikh Ba`ilisy, ulama kita kelahiran Banten, Pulau Jawa, yang terkenal sebagai ulama dan penulis yang produktif dengan banyak karangannya. 

Sayyidul 'Ulama-il Hijaz, 

an-Nawawi ats-Tsani, 

Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani al-Jawi turut menulis syarah yang lathifah bagi "Mawlid al-Barzanji" dan karangannya itu dinamakannya "Madaarijush Shu`uud ila Iktisaa-il Buruud". 

Manakala, seorang keturunan Sayyid Ja'far al-Barzanji yang mempunyai nama yang sama dengan beliau, iaitu Sayyid Ja'far bin Sayyid Isma`il bin Sayyid Zainal 'Abidin bin Sayyid Muhammad al-Hadi bin Sayyid Zain yang merupakan suami kepada satu-satunya anak Sayyid Ja'far al-Barzanji, telah juga menulis syarah bagi "Mawlid al-Barzanji" tersebut yang dinamakannya "al-Kawkabul Anwar 'ala 'Iqdil Jawhar fi Mawlidin Nabiyil Azhar". 

Sayyid Ja'far ini juga adalah seorang ulama besar keluaran al-Azhar asy-Syarif. Beliau juga merupakan seorang Mufti Syafi`iyyah. 

Karangan-karangan beliau antaranya: 

1. "Syawaahidul Ghufraan 'ala Jaliyal Ahzan fi Fadhaa-il Ramadhan", 

2. "Mashaabiihul Ghurar 'ala Jaliyal Kadar" 

3. "Taajul Ibtihaaj 'ala Dhau-il Wahhaaj fi Israa` wal Mi'raaj". 

Beliau juga telah menulis sebuah manaqib yang menceritakan perjalanan hidup dan ketinggian nendanya Sayyid Ja'far al-Barzanji dengan jodol "ar-Raudhul A'thar fi Manaqib as-Sayyid Ja'far". 

Latar Belakang Pendidikannya

Beliau dibesarkan di bawah didikan dan asuhan ayahandanya. Beliau mempelajari al Quran daripada Syeikh Ismail al Yamani radiyaLlahu 'anhu. Kemudian mempelajari ilmu tajwid daripada syeikh Yusuf al Sa'idi radiyaLLahu 'anhu dan Syeikh Syams al din al Misri radiyaLlahu 'anhu. Di antara guru-gurunya di Madinah ialah :

1. Sayyid Abdul Karim Haidar al Barzanji radiyaLlahu 'anhu

2. Sayyid Yusuf al Kurdi radiyaLLahu 'anhu

3. Sayyid 'AtiyyatuLlah al Hindi radiyaLlahu 'anhu

Setelah itu, beliau mendalami ilmunya dengan ulama' yang berada di Makkah dan menetap di sana selama 5 tahun. Di antara guru-gurunya di Makkah ialah :

1. Syeikh 'AtaiLlah ibn Ahmad al Azhari

2. Syeikh Abdul Wahhab al Tontowi al Ahmadi

3. Syeikh Ahmad al Asybuli dan lain-lain lagi.

Oleh kerana kepakarannya yang tinggi di dalam persada ilmu, beliau telah diijazahkan dengan sanad-sanad ilmu oleh masyaikh pada zamannya. Di antara guru-gurunya yang pernah menganugerahkan sanad kepadanya ialah :

1. Syeikh Muhammad Tayyib al Fasi

2. Sayyid Ahmad al Tobari

3. Syeikh Muhammad ibn Hasan al 'Ujaimi

4. Sayyid Mustafa al Bakari

5. Syeikh AbduLlah al Syubrawi al Misri

Beliau telah belajar daripada mereka pelbagai ilmu pengetahuan. Di antaranya ilmu saraf, nahu. mantiq, ma'ani, bayan, adab, fiqh, usul fiqh, faraidh, matematik, hadith, mustalah hadith, tafsir, dakwah, kejuruteraan, arudh, kalam, bahasa, sirah, qiraat, suluk, tasawwuf dan sebagainya.

Apa yang berlaku pada zaman mutakhir ini, sesetengah ahli masyarakat melemparkan tuduhan bahawa beliau bukan seorang ilmuwan Islam. Anggapan yang tidak berasas ini, menyebabkan kitab maulid karangannya yang selama ini diterimapakai di dalam Majlis Sambutan Maulid Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam di kebanyakan negara Islam dituduh mengandungi banyak perkara khurafat dan bertentangan dengan Al Quran dan Hadith.

Oleh kerana itu, untuk meneutralkan tanggapan negatif ini, adalah wajar diketengahkan sanad beliau yang menghubungkan ilmunya dengan dua buah kitab hadith yang muktabar; al Bukhari dan Muslim sehingga kepada RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam bagi membuka mata dan meyakinkan kita bahawa pengarang Kitab Maulid Barzanji yang kita baca selama ini bukanlah calang-calang ulama.

Sanad Jami' Al Sahih Imam Bukhari

Sayyid Ja'far al Barzanji belajar daripada,

1. Syeikh Muhammad Tayyib al Fasi, belajar daripada

2. Syeikh Ibrahim al Dir'i, belajar daripada

3. Syeikhah Fatimah binti SyukriLLah al Uthmaniyyah, bonda nendanya Sayyid Muhammad ibn Abdur Rasul, belajar daripada

4. Al Syams Muhammad ibn Ahmad al Ramli, belajar daripada

5. Syeikh al Islam al Qadhi Zakaria ibn Muhammad al Ansari, belajar daripada

6. al Hafiz Ahmad ibn Ali ibn Hajar al Asqalani, belajar daripada

7. Syeikh Ibrahim ibn Ahmad al Tanukhi, belajar daripada

8. Syeikh Abi al Abbas Ahmad ibn Abi Talib al Hajjar al Dimasyqi, belajar daripada

9. al Siraj al Husain al Mubarak al Zaibidi, belajar daripada

10. Abdil awwal ibn Isa al Harawi, belajar daripada

11. Abdir Rahman ibn Muzaffar al Dawudi, belajar daripada


13. Syeikh Abdi AbdiLlah Muhammad ibn Yusuf ibn Matar al Farabri, belajar daripada
12. Abi Muhammad AbduLLah ibn Hamawih al Sarkhasi, belajar daripada


 Pengumpulnya, Amirul Mukminin al Imam al Hafiz al Hujjah Abu AbdiLLah Muhammad ibn Ismail al Bukhari.



Sanad Sohih Muslim



Sayyid Ja'far al Barzanji, belajar daripada

1. Syeikh AbduLlah al Syubrawi al Misri, daripada

2. Syeikh Muhammad Zurqani ibn Abdul Baqi al Maliki al Azhari, daripada

3. Al Hafiz Muhammad ibn 'Ala' al Babili, daripada

4. Syeikh Abi al Naja Salim ibn Muhammad al Sanhuri, daripada

5. Al Najm Muhammad ibn Ahmad al Ghaiti, daripada

6. Syeikh al Islam Zakaria ibn Muhammad al Ansari, daripada

7. Abi al Nu'aim Ridhwan ibn Muhammad, daripada

8. Syeikh Abi Tahir Muhammad ibn Muhammad, daripada

9. Abi al Faraj Abdur Rahman ibn Abdul Hamid al Maqdisi, daripada

10. Syeikh Abi al Abbas Ahmad ibn Abdud Daim al Nablusi, daripada

11. Syeikh Muhammad ibn Ali al Harani, daripada

12. Faqih al Haram Muhammad ibn al Fadhl al Farawi, daripada

13. Syeikh Abi al Husain Abdul Ghafir ibn Muhammad al Farisi, daripada

14. Abi Ahmad Muhammad ibn Isa al Jaludi, daripada

15. Syeikh Abi Ishaq Ibrahim ibn Muhammad ibn Sufyan al Zahid, daripada

Pengumpulnya al Imam al Hujjah Muslim ibn al Hajjaj al Qusyairi al Naisaburi.

Kepakarannya di dalam bidang keilmuwan telah menarik ramai orang datang menemuinya untuk mempelajari ilmu. Beliau mengikuti dan menyelami jalan ahli tasawwuf dan meninggalkan kerehatan dan tidur lebih dari 20 tahun sehingga beliau mempunyai kemahiran di dalam ilmu naqli (berasaskan al Quran dan Sunnah) dan aqli. Beliau pernah mengambil tariqat daripada Sayyid 'AtiyatuLlah al Hindi dan Sayyid Mustafa al Bakari.

Beliau telah mengarang banyak kitab yang menakjubkan dan bermanfaat. Di antaranya ialah kitab Maulid Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam yang tidak pernah ditulis oleh pengarang sebelumnya yang dinamakan dengan 'Iqd al Jauhar fi Maulid al Nabi al Azhar sallaLlahu 'alaihi wasallam.

Hubungan Sosial

Beliau juga mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam masyarakat sehingga dilantik sebagai Mufti Mazhab Syafie radiyaLLahu 'anhu di al Madinah al Munawwarah. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga kewafatannya dan dianugerahkan dengan kebesaran yang tinggi sehingga kata-katanya diperkenankan dan dilaksanakan oleh raja-raja dan pemerintah-pemerintah di Haramain (Makkah dan Madinah), Mesir, Syam, Rom dan sebagainya.

Kata-katanya juga diterimapakai oleh Jemaah Menteri Kerajaan Uthmaniyyah dan pembesar-pembesar negara tersebut. Suaranya tersebar seperti burung yang berterbangan di seluruh pelusuk dunia hingga hampir tiada sesiapa yang tidak mengenalinya. Karyanya tersebar luas dan kelebihan kitabnya tiada tolok bandingnya pada zamannya.

Akhlaknya

Beliau mempunyai akhlak yang mulia, bersifat tawadhu', hati yang bersih, cepat memaafkan orang lain dan tidak mengabaikan hak orang lain. Beliau merupakan keturunan dari keluarga RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam dan di kalangan ketua yang menjadi tempat rujukan keturunan Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam pada zamannya. Beliau juga merupakan seorang yang zuhud, wara', berpegang dengan al Quran dan Sunnah, banyak berzikir, sentiasa bertafakkur, mengorbankan harta dan jiwa untuk melakukan kebaikan serta banyak bersedekah sehingga dikenali sebagai seorang dermawan.

bBeliau juga mempunyai karamah yang dizahirkan oleh ALlah subahanahu wa Ta'ala. Di antaranya, beliau pernah dipanggil dari tempat solatnya pada Hari Jumaat menaiki mimbar RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam. Pada masa tersebut, sedang berlaku kemarau yang panjang. Maka orang bertawassul dengannya supaya diturunkan hujan. Dengan kehendak ALlah subahanahu wa Ta'ala, maka hujan pun turun dengan lebatnya dan tanah yang kering kontang menjadi subur. Ramai di kalangan ulama' yang memujinya sebagaimana yang dirakamkan di dalam syair guahan mereka. Di antaranya :


سقى الفاروق بالعباس قدما

و نحن بجعفر غيثا سقينا


وسيلنا إمام العارفينا



"Dahulu sayyiduna Umar RadiyaLlahu 'anhu pernah bertawassul meminta hujan dengan Sayyiduna al Abbas radiyaLLahu 'anhu, dan kini kami bertawassul dengan Ja'far radiyaLlahu 'anhu, maka diturunkan hujan kepada kami"



Khalifah Umar ibn al Khattab radiyaLlahu 'anhu sepertimana yang diriwayatkan oleh al Bukhari dan Muslim daripada Anas radiyaLlahu 'anhu pernah bertawassul dengan bapa saudara Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam, iaitu Abbas ibn Abdul Muttalib ketika berlaku musim kemarau. Umar RadiyaLlahu 'anhu berdoa :
Quote

اللهم إنا كنا إذا قحطنا توسلنا إليك بنبينا فتسقنا وإنا نتوسل إليك بعم نبينا محمد صلى الله عليه وسلم فاسقنا, قال : فيسقون
Ya ALlah! Sesungguhnya apabila kami menghadapi kemarau, kami bertawassul kepada Engkau dengan Nabi kami (Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam) maka Engkau menurunkan hujan kepada kami. Dan sekarang ini, kami bertawassul kepada Engkau dengan bapa saudara Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam, maka turunkanlah hujan jepada kami." Anas radiyaLlahu 'anhu menyebut, "Maka hujan pun diturunkan ke atas mereka."



Berbalik kepada Sidi Ja'far al-Barzanji, selain dipandang sebagai mufti, beliau juga menjadi khatib di Masjid Nabawi dan mengajar di dalam masjid yang mulia tersebut. Beliau terkenal bukan sahaja kerana ilmu, akhlak dan taqwanya, tapi juga dengan kekeramatan dan kemakbulan doanya. Penduduk Madinah sering meminta beliau berdoa untuk hujan pada musim-musim kemarau. Diceritakan bahawa satu ketika di musim kemarau, sedang beliau sedang menyampaikan khutbah Jumaatnya, seseorang telah meminta beliau beristisqa` memohon hujan. Maka dalam khutbahnya itu beliau pun berdoa memohon hujan, dengan serta merta doanya terkabul dan hujan terus turun dengan lebatnya sehingga seminggu, persis sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Junjungan Nabi s.a.w. dahulu. Menyaksikan peristiwa tersebut, maka sebahagian ulama pada zaman itu telah memuji beliau dengan bait-bait syair yang berbunyi:-

سقى الفروق بالعباس قدما * و نحن بجعفر غيثا سقينا
فذاك و سيلة لهم و هذا * وسيلتنا إمام العارفينا

Dahulu al-Faruuq dengan al-'Abbas beristisqa` memohon hujan
Dan kami dengan Ja'far pula beristisqa` memohon hujan
Maka yang demikian itu wasilah mereka kepada Tuhan
Dan ini wasilah kami seorang Imam yang 'aarifin

Sidi Ja'far al-Barzanji wafat di Kota Madinah dan dimakamkan di Jannatul Baqi`, sebelah bawah maqam nenda-nenda beliau dari kalangan anak-anak perempuan Junjungan Nabi s.a.w. Allahu ... Allah. Bertuah sungguh Sayyid Ja'far. Karangannya membawa umat ingatkan Junjungan Nabi s.a.w., membawa umat kasihkan Junjungan Nabi s.a.w., membawa umat rindukan Junjungan Nabi s.a.w. Setiap kali karangannya dibaca, pasti sholawat dan salam dilantunkan buat Junjungan Nabi s.a.w. Juga umat tidak lupa mendoakan Sayyid Ja'far yang telah berjasa menyebarkan keharuman pribadi dan sirah kehidupan makhluk termulia keturunan Adnan. Allahu ... Allah.

اللهم اغفر لناسج هذه البرود المحبرة المولدية
سيدنا جعفر من إلى البرزنج نسبته و منتماه
و حقق له الفوز بقربك و الرجاء و الأمنية
و اجعل مع المقربين مقيله و سكناه
و استرله عيبه و عجزه و حصره و عيه
و كاتبها و قارئها و من اصاخ إليه سمعه و اصغاه

Ya Allah ampunkan pengarang jalinan mawlid indah nyata
Sayyidina Ja'far kepada Barzanj ternisbah dirinya
Kejayaan berdamping denganMu hasilkan baginya
Juga kabul segala harapan dan cita-cita
Jadikanlah dia bersama muqarrabin berkediaman dalam syurga
Tutupkan segala keaiban dan kelemahannya
Segala kekurangan dan kekeliruannya
Seumpamanya Ya Allah harap dikurnia juga
Bagi penulis, pembaca serta pendengarnya

Kegigihan beliau menuntut ilmu:

Semasa kecilnya beliau telah belajar Al-Quran dari Syeikh Ismail Al-Yamani, dan belajar tajwid serta membaiki bacaan dengan Syeikh Yusof As-So’iedi dan Syeikh Syamsuddin Al-Misri.

Antara guru-guru beliau dalam ilmu agama dan syariat:-

- Syed Abdul Karim Haidar Al-Barzanji
- Syeikh Yusuf Al-Kurdi
- Syed Athiyatullah Al-Hindi.

Beliau kemudiannya berhijrah dan menetap di Mekah selama lima tahun. Di sana beliau telah belajar daripada ulamak-ulamak terkenal, antaranya:-

- Syeikh Athaallah ibn Ahmad Al-Azhari
- Syeikh Abdul Wahab At-Thanthowi Al-Ahmadi
- Syeikh Ahmad Al-Asybuli
Beliau juga telah diijazahkan oleh sebahagian ulama’, antaranya:-
- Syeikh Muhammad At-Thoyib Al-Fasi
- Syed Muhammad At-Thobari
- Syeikh Muhammad ibn Hasan Al-A’jimi
- Syed Musthofa Al-Bakri
- Syeikh Abdullah As-Syubrawi Al-Misri

Ilmu yang dikuasai :

Syed Ja’far Al-Barzanji telah menguasai banyak cabang ilmu, antaranya: Shoraf, Nahu, Manthiq, Ma’ani, Bayan, Adab, Fiqh, Usul Fiqh, Faraidh, Hisab, Usuluddin, Hadis, Usul Hadis, Tafsir, Hikmah, Handasah, A’rudh, Kalam, Lughah, Sirah, Qiraat, Suluk, Tasawuf, Kutub Ahkam, Rijal, Mustholah...

Karangan beliau:

- البر العاجل بإجابة الشيخ محمد غافل
- جالية الكدر بأسماء أصحاب سيد الملائك والبشر
- جالية الكرب بأسماء سيد العجم والعرب في أسماء البدريين والأحديين
- الجني الداني في مناقب الشيخ عبد القادر
- الروض المعطار فيما يحدي السيد محمد من الأشعار
- الشقائق الأترجية في مناقب الأشراف البرزنجية
- الطوالع الأسعدية من المطالع المشرقية
- العرين لأسماء الصحابة البدريين
- فتح الرحمن على أجوبة السيد رمضان
- الفيض اللطيف بإجابة نائب الشرع الشريف
- النفح الفرجي في فتح جته جي في التاريخ
- نهوض الليث لجواب أبي الغيث
- عقد الجوهر في مولد النبي الأزهر صلى الله عليه وسلم (kitab maulid yang dikenali dengan Maulid Barzanji)

Kemasyhuran beliau:

Beliau telah diiktiraf dan mendapat kedudukan di sisi pembesar Mekah dan Madinah, serta menteri-menteri Kerajaan Uthmaniah. Tersebarlah kemasyhuran dan kehebatan beliau keseluruh pelusuk dunia Islam, sehinggakan beliau dikenali ramai. Karangan-karangan beliau telah diterima dan dipuji oleh ulama’-ulama’ sezaman denganya sehingga tersebarnya tulisan beliau dikalangan penuntut ilmu.

Sifat-sifat beliau:

Mempunyai akhlak yang terpuji, jiwa yang bersih, sangat pemaaf dan pengampun, zuhud, amat berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah, wara’, banyak berzikir, sentiasa bertafakkur, mendahului dalam membuat kebajikan bersedekah,dan s pemurah,...

Dari riwayat hidup Syed Ja’far Al-Barzanji di atas, jelas kepada kita bahawa beliau bukannya calang-calang orang seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Bahkan beliau menjawat jawatan Mufti Madinah Munawwarah sekian lama yang menunjukkan kepada kita ketinggian ilmu beliau dan kesolehan beliau.

Harapan penulis agar kita tidak terburu-buru mengutuk dan merendahkan ulama’-ulama’ Islam. Walaupun kita tidak bersetuju pada sesetengah perkara yang khilafiah, janganlah kita terus menghentam dan membidaahkan lawan kita. Selagi mana perkara tersebut ijtihadiah, contohnya pada menghukumkan hadis atau beramal dengannya, sepatutnya kita mengikut kaedah fiqh (الاجتهاد لا ينقض بالاجتهاد)- Ijtihad tidak dapat membatalkan ijtihad yang lain. Semoga segala yang baik daripada tulisan ini dapat diambil manfaatnya, dan jika ada kesilapan, sama-samalah kita perbetulkannya.

Rujukan:

1. Al-Kawakib Al-Anwar syarh Al-Maulid An-Nabawi, karangan Syed Ja’far ibn Al-Barzanji (keturunan Syed Ja’far Al-Barzanji pengarang Maulid), wafat pada tahun 1317 H bersamaan 1899 M, tahqiq Nada Farj Darwisy, disemak oleh Institut Pengkajian Akademik Universiti Azhar, cetakan Markaz ibn Al-Athar litthurath, muka surat 647-650.
2. Kasyfuz Zunun ‘an Asami Al-Kutub wal Funun, karangan Haji Khalifah, cetakan 1999 M Darul Fikr, Beirut, bab jim ‘ja’far’, jilid 5, muka surat 211.
3. Al-Asybah wan Nazhair, Jaluddin As-Suyuthy, cetakan ketiga 2005 M Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut, jilid 2, muka surat 225.

Saturday 31 December 2011

HARI GRADUASI FORM 5 SAINS 2011


Hari Graduasi Form 5….




          Ini adalah kelas saya iaitu kelas 5 sains di SMK TAN SRI ABDUL KADIR…
Pada 10 November yg lalu saya  dan pelajar tingkatan 5 telah di anugerahkan sijil graduasi tamat sekolah yg disampaikan oleh dun tenggaroh. Ramai pelajar yg turut trbabit dlm majlis ini.


Ini adalah dun tengggaroh yg menyampaikan sijil kepada semua pelajar tingkatan 5 yang terbabit di dalam majlis ini…



Yang ini pula ialah pengetua sekolah kami Tn. Hj. Maon Bin Marsini…






Ini ialah Rafiudin Bin Ahmad..
Beliau adalah merangkap kpada ketua kelas bg kelas kami iaitu 5 sains..
Beliau mempunyai nama manjanya yg trsendiri iaitu TAPA….
Beliau adalah pelajar terbaik sekolah bg g
olongan lelaki…
hihihihhi….












Ini pula ialah penolong ketua kelas kami iaitu Zaiti Nazua Binti Samiran…
Dia adalah pelajar paling rajin dalam kelas kerana dia sgt rajin mengemas kelas pada bila2 masa…
Dan mungkin ada harapan untuk menjadi isteri mitali suatu hari nanti…
Huhuhuhuhu….Jangan marah ye!!!!














WWWAAUUUU!!!!!!
Jgn salah faham…
Akrab kan…
Mereka berdua ini just member dan rasenya xlebih dari itu kot….HUHUHHU
Yg perempuan itu namanye Nur Khalijah Binti Abdullah..
Beliau adalah penolong ketua pengawas sekolah ini..
Dan lelaki macho bersongkok itu pula ialah Mazeli Bin Masturi…
Beliau adalah pengawas biasa sperti saya jugak….




Ini adalah Barisan pengawas dalam kelas kami…
ooopppp!!!! Tapi kenapa gmbar saya tak ada ye…
hehehhee…Itu rahsia…. Yg berdiri dari kiri itu adalah Khalijah… Disebelahnya pula ialah ketua pengawas iaitu Abdul Mujib Bin Hanipah.. Yg berada di tngah-tengah pula ialah AMIR FARID…Yg kedua dari kanan ialah Mazeli dan perempuan paling kanan ialah Nur Aswana Binti Mahani…



Yg berdiri di belakang paling kiri ialah Nurul Fatiah Fatin Binti Shahran… Dia ini seorang yg nk nak dikatakan ganas tidak kerana Nampak keayuannye nk ckp lembut pulak saya rase serba salah kerana ada kalanya dia ini garang mengalahkan HARIMAU pun ada…huhhuhuhu… Jgn marah ea…. Yg bediri di belakang paling kanan pula ialah Nor Fariza Binti Ngadiran… dia ni kira kata jenis yg agak pendiam lah jugak orangnye… Yg duduk paling kiri ialah Nur Azzahrah Binti Ahmad.. Dia ini boleh dikatakan agk tidak kisah dalam pergaulan… Di sebelahnya pula ialah Farhana Binti Gani… Dia ni jenis yg tak kesah dan oleh sebab itulah dia selalu diganggu oleh temam-teman aq yg lelaki… Yg duduk kedua dari kanan ialah Nor Intan Diana Binti Hasut…Dia ni seorang yg nk saya cakap anti sosial tidak dan nk ckp dia ni seorang yg bersosial lagilah Jauh… Cuma dia ini jenis yg tidak suka diganggu oleh orang lain terutama lelaki… Oleh sebab itulah dia ni selalu kena dengki oleh kawan-kwan saya yg degil semacam itu… Sebab selagi kita hidup di DUNIA ini kita tidak akan tinggal bersendirian kerana kita memerlukan kawan ataupun seseorang….

Di sekolah saya juga mempunyai satu kumpulan nasyid yg dipimpin oleh ustaz saya iaitu USTAZ SHAHRUL RIZAL BIN MOHD SATI…. Kumpulan ini telah memenangi beberapa anugerah tetapi saya tidak dapat nyatakan kerana saya dah tak ingat..hihihihi… Jangan marah ea….



Yg berdiri paling kiri ialah Mohd Abu Suffian Bin Syafie… Orangnye kalau nk diikutkan sememangnya degil.. Tetapi usah dirisaukan kerana dia telah dijinakkan oleh salah seorang yg berada dalam kelas kami juga…..huhhuhuhu!!!! Itu rahsia.. Tak boleh bagi tahu..
Disebelahnya pula ialah Anuar Bin Yunus…Dia ni saya xdapt nak pastikan kerana ada kalanya dia ni pemalu mengalahkan perempuan tapi bula di tengok-tengok kembali dia ni agak ganas mcm lelaki….hhurmmm!!! Pape pun yg penting dia BAHAGIA……
Yg berdiri paling kanan pula ialah Mohd Ahsraf Bin Kamsin…. Dia ni boleh dikatakan ramai lah aweks tapi jangan salah faham???? Dia ni bukan PLAYBOY Cuma adakalanya dia ada jugak lah mcm 2…HAHAHAHAHA!!!!!
Dan dua dari kanan pula ialah Iwan (bukan nama penuh sebab name penuhnya saya lupalah..HIHIHHIHIH!!!!)  Kalau dia ni baru boleh dikatakan PLAYBOY sebab tak penah cukup dengan satu aweks… Paling kurang mesti ad simpanan dia sorang ke dua orang….



Ini pula ialah Adam

Dia salah seorang dari anggota kumpulan nasyid di sekolah kami…
Dia ni seorang ygagak peramah tetapi panas baran…
Jadi kami semua dh tak kesah dan dia dari kelas 5 SS….

Ini adlah saudara Faizul Hafizi Bin Ahmad… Dia juga ialah lagi seorang ahli kumpulan nasyid kumpulan ini…
Dia ni nak ckp seorang yg pemalu tak jugak kerana dia ni boleh diketogorikan sebagai PLAYBOY jugak lah tp tidak lah serius sangat… Sebab kerana dia ni semua awek orang dia kacau… Kira dia ni kaki  langgar ar punye orang… HUHUHUHUHU…. Jangan marah ea…
Just joking….





Ini pula ialah Norizan Bin Muhammad… Dia ni adlah seorang budak yang sangat degil tetapi dia sudah mempunyai jodohnya….



Hahaha… Sesiapa yg mengetaui kisah ini… Diam-diam sudah…hahahahaha…




Ini ialah Mohd Azam Bin Ahmad…. Kalau pasal dia ni..
saya NO COMENT…..





Ini pula ialah Nur Syafarin Bin Norsin…. Dia ni adalah rakan saya dan juga orang blok saya…
Dia ni salah seorang dari rakan saya yg memasuki syarahan peringkat kebagsaan…
Pape pun mengenai budak ni saya tak tahu..HAHAHAHAHA….











Dia ni pula Shahira…
Dia ni seorang yg pemalu nk amik gambar...
Ni pun beruntung dapat pic dy ni…
Pape hal tentang dia saya NO COMENT… Nanti gaduh lah pulak kalau saya cakap lebih-lebih nanti….









Dan ini adalah saya…. Kepada sesiapa tak suke gambar ni or nk coment pape saya tak kesah…
hahahaha….